Adverts

Tuesday, September 18, 2012

Membina Keyakinan Diri Semasa Pembentangan

Assalamualaikum w.b.t.


Bercakap di hadapan orang ramai atau membuat pembentangan dalam kelas atau pembentangan projek sememangnya membuat kebanyakkan orang itu merasa gementar. Membuat pembentangan adalah perkara biasa terutama sekali semasa berada di universiti ataupun di alam pekerjaan. Pembentangan ini akan menetukan siapa diri anda dan adakah mesej yang anda ingin sampaikan ini dapat disampaikan dengan baik dan difahami oleh pendengar.

Pembentangan yang baik adalah pembentangan yang dapat mempengaruhi keputusan yang bakal pendengar anda buat. Jadi penting untuk anda fokus bukan saja kepada ciri-ciri pembentangan yang baik, malah perlu ada juga unsur emosi. Emosi yang disampaikan akan mempengaruhi keputusan pendengar. Akhir sekali perlu disusuli dengan tindakan yang perlu dilakukan oleh pendengar sebagai kesimpulan.

Kurang keyakinan diri, takut dan malu sering kali menganggu minda seseorang. Apa lagi bagi mereka yang baru pertama kali membuat pembentangan. Namun sekiranya seseorang itu terlalu gementar dan sukar untuk mengawalnya, ia biasanya akan mengganggu fokus diri dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap kualiti pembentangan. Di sini saya sertakan beberapa tips untuk membina keyakinan diri semasa pembentangan.


Persediaan Pembentangan

1. Pemilihan jenis huruf - Ini adalah sangat penting supaya semua orang yang berada dalam dewan dapat melihat dengan jelas tulisan yang digunakan untuk menyampaikan poin anda.

2. Warna - Warna memainkan peranan yang sangat penting untuk penonton anda melihat dengan jelas perkataan, ayat dan poin yang anda bentangkan. Kesalahan yang biasa dilakukan adalah apabila pembentang cuba menggunakan warna-warna fancy yang kononnya ingin menjadikan pembentangan mereka lain daripada yang lain.

3. Power point - Power point digelar power point adalah kerana ia untuk poin dan bukan untuk meletakan karangan. Ramai pembentang membuat kesalahan dengan meletakkan seluruh perenggan yang ada dalam modul atau kertas kerja dalam power point. Penonton ingin melihat kepada slides anda untuk mengetahui point dan mengharapkan anda akan menghuraikan serta menerangkan setiap poin tersebut.

4. Membuat penerangan - Menerangkan setiap poin ini dengan memberikan contoh atau cerita menarik serta memberikan definisi.

5. Penggunaan Gambar atau Video - Penggunaan gambar juga boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentangan. Namun gambar yang dipilih perlu menarik dan menyampai mesej yang jelas kepada penonton.

6. Persediaan Awal - Sentiasa membuat latihan beberapa kali sebelum pembentangan yang sebenar. Ini akan memberikan beberapa kelebihan kepada anda.

7. Menyediakan bahan pembentangan - Sediakan segala kelengkapan pembentangan anda. Adalah lebih baik jika anda membuat banyak kajian mengenai apa yang bakal anda bentangkan.

8. Sediakan versi bertulis pembentangan anda - Namun begitu, janganlah membacanya seperti membaca berita. Ia bertujuan untuk anda mengingat semula apa yang harus disampaikan sekiranya anda hilang fokus.


Semasa Pembentangan

1. Memakai pakaian yang sesuai. Pakailah pakaian yang menyelesakan anda serta sesuai dengan formaliti tajuk pembentangan anda.

2. Sentiasa melakukan ‘eye contact’ dengan penonton yang memberikan maklumbalas positif seperti mengangguk dan tersenyum dengan pembentangan anda.

3. Melakukan pergerakan. Sentiasalah bergerak semasa membentang. Ini akan membantu anda lebih tenang dan mengelakkan rasa kaku.

4. Beraksi dengan yakin. Beraksilah dengan yakin semasa pembentangan. Dengan ini, perasaan yakin juga akan menyusul. Apabila anda yakin, penonton juga akan memberikan tindak balas positif dan seterusnya menambahkan lagi keyakinan anda.

5. Jangan mengkritik diri secara mental semasa menyampaikan pembentangan. Jika anda terlalu fokus atau menggambarkan kesilapan yang dilakukan maka ianya akan menambahkan ketakutan anda. Fikir secara positif dan berikanlah pembentangan sebaik yang boleh. Jika nak kritik diri, kritiklah selepas pembentangan.

6 Berdiri Di Hadapan Tepi Kanan Screen - Anda perlu berdiri dengan berkeyakinan di hadapan sebelah kanan screen. Dengan ini anda tidak menghalang penonton untuk melihat slide anda.

7. Gunakan penunjuk screen - Gunakan penunjuk screen untuk menunjukkan poin yang anda ingin terangkan. Jika tidak ada penunjuk screen, gunakan pensel atau pembaris. Jangan sekali-kali gunakan jari anda.

8. Akhiri Pembentangan Dengan Saranan - Akhiri pembentangan anda dengan saranan atau apa yang perlu bertindak oleh penonoton pada masa itu. Ia boleh jadi mereka perlu bertindak untuk mendaftar, atau bertindak memahami sesuatu isu ataupun mereka perlu sedar mengenai sesuatu yang perlu diubah.


Pembentangan yang baik akan bermula dengan pembentang mengalihkan fokus pendengar daripada mana-mana bidang lain kepada bidang yang diterangkan, kemudian pembentangan memainkan emosi dengan cerita supaya pendengar faham secara tidak langsung bahawa apa yang sedang disampaikan ini penting. Kemudian di akhir pembentangan disusuli dengan tindakan yang perlu diambil dengan jelas. Sebenarnya semasa pembentangan, penonton biasanya tidak akan menyedari bahawa anda sedang gementar bercakap di hadapan. Oleh itu, berusahalah untuk lebih relaks. Diharapkan agar anda mendapat manfaat melalui tips di atas, Insya'Allah.

27 comments:

Nur Afrina said...

hehe~ yang penting, jika presentation dalam BI,just hentam je. tak payah nak bunga-bunga sangat~ hehe xD

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@afrina haha, btol2 xD

hainom OKje said...

He...he...gemuruh tu... apa pun buat lain dari yg lain barulah buka mata sikit panel tu...

cik gojes :) said...

wah2...terima kasih atas perkongsian :)

Everything's Everythings said...

Wahhh bagis sgt tips ni, memang sekarang ni ramai yg lack dgn presentation skills termasuklag yg bercakap ni xD
InshaAllah akan cuba mempraktikkn benda ni bila dlm perbentangan

Yuni Aisyah said...

bila imbas waktu buat perbentangan seram sejuk dibuatnya..hehe....

Yuni Aisyah said...

salam kenal....be ur follower....:)

Azriff Aziz said...

huhhhh ingat presentation nih, ketar kaki bila kat depat. tangan huhuhuhu letak belakang kalu tak, orang akan nampak getaran tiu. hehehe

info yang menarik :)

Myideakini [dot] com said...

Salam...

dijemput untuk join segmen MYideakini....

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

duniafana said...

haha part nih saya paling lemah

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hainom hehe, yang mcm tue pon bleh jugk :D

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@CG cg da power, xD

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE hehe, same la kita.. :D

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@yuni benar, hehe.. kadang kala ada yang lawak juga :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@ref hehe, betul.. kdg2 mcm tue jugk :D

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@fana hehe, tape kalau da selalu buat okay la :)

Fiza Suhaimi said...

ohh presentation.. please be nice.. tolonglah bekerjasama dgn saya.. heheh.. benda yang paling fiza gerun.. presentation group ok lagi.. kalau individual.. grrr.. heheh..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@fiza hehe, biasa la.. kene berani :D

Cikgu Ma said...

pestime present mmg kalut..x tau nak explain...bila2 lama2 ok la...

kenangn time study dulu...heheh

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@cikguMa hehe, kenangan yang tidak dpt dilupakan :)

Simple Syara said...

Thanks bagi info supaya syara x pyh buat entry "perbentangan yg terteruk" haha. btw thanks

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@syara welcome :)

Zul n Azizi Boarding Pets said...

Salam...

Dijemput untuk join segmen Zul n Azizi Boarding Pets....

[SEGMEN] Mencipta Bisnes Kad ZABP

لين Si Pipi Merah said...

presentation ok seram. ;)

baby comel said...

presentation? 1st time buat memang la ketaq lutut =) tp bila dah biasa okey je lg2 kalau kita faham apa yg kita nak sampaikan tu. kan?

✿Lady Ainaa✿ said...

good tips.. boleh lah ambil tips ni sbb sy selalu kena present kat depan time kuliyah.. memang agak kalut sedikit.. hehehe.. blh juga diguna untuk interview nanti.. ^.^

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Terima kasih atas perkongsian ini. Tapi kadang-kadang dah bersedia pun bila darah gemuruh tu datang, lupa semua benda.

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...