Adverts

Tuesday, September 11, 2012

MHS Sarjana Muda 2012/2013 UTHM

Assalamualaikum w.b.t.

Pada hari ini saya ingin berkongsi beberapa gambar yang telah diambil semasa Minggu Haluan Siswa bagi Program Sarjana Muda Tahun 2012/2013 UTHM. Untuk melihat lebih banyak gambar ataupun mendownload album tersebut, anda boleh ke site Gallery.

Minggu Haluan Siswa pada kali ini telah berlansung bermula pada 2 September yang lalu dan berakhir pada 9 September. Seramai 2145 pelajar program Sarjana Muda telah mendaftarkan diri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi sesi kemasukan semester 1 2012/2013 pada 2 September lalu bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII),UTHM.

UTHM telah menawarkan lebih 2000 tempat untuk sesi kemasukan kali ini dan melibatkan lebih 30 kursus yang ditawarkan oleh lapan fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan. Semester ini juga turut menyaksikan fakulti baru iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan mula mengambil pelajar untuk program Sarjana Muda ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, UTHM kali ini turut menerima 16 orang pelajar antarabangsa yang datang dari Yamen, Somalia, Sudan dan Chad. Kesemua pelajar baharu ini akan menginap di kolej-kolej kediaman yang disediakan oleh pihak universiti.



12 comments:

siti naqiah said...

kite penah g UTHM ni dlu, mase die maseh name KUITTHO lg, hehe..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah hehe, yg nie dewan baru.. ape ntah name dye xD

siti naqiah said...

ohh yeke? besarnye dewan..boley muat bape ribu neh?? o.O

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah 5 ribu kot, ntah la.. ta ingt, haha

siti naqiah said...

wow gile besar, hehe untonglaa :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah haha, nnti dewan yg nie jadi dewan utama..

siti naqiah said...

ooo yeke? yg sedia ada tu watpe?

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah tempat peperiksaan, backup klu ade pape mslh..

siti naqiah said...

ooo, okeh3..hehe :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah :)

hainom OKje said...

Ni sapa yg belajar ni ( suka-suka je panggil! boleh ke nama ni?) he...he...

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hainom_OKje haha xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...