Adverts

Wednesday, September 12, 2012

Mufaraqah ketika dalam solat

Assalamualaikum w.b.t.

Pada hari ini, saya ingin berkongsikan bab mufaraqah ketika dalam solat. Apakah yang dimaksudkan mufaraqah? Mungkin ada yang mengetahuinya, ada yang pernah mendengar tapi tidak mengetahuinya. Mufaraqah ialah meneruskan sembahyang secara berseorangan tanpa mengikut imam ketika solat berjemaah.


Perkara yang menyebabkan mufaraqah:
  • Imam membaca bacaan terlalu panjang sedangkan makmum ada keperluan yang perlu dilaksanakan.
  • Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut/tahiyyat awal
  • Sakit
  • Bimbang dikuasai rasa mengantuk
  • Bimbang terbatal solat
  • Bimbang kehilangan harta
  • Bimbang ditinggalkan kawan
  • Menyelamatakan orang yang lemas

Pandangan beberapa mazhab mengenai Mufaraqah:
  • Mazhab Syafie : Makmum dibenarkan niat mufaraqah dengan Imam samaada bersebab atau tidak dengan makruh hukumnya namun ketika solat Jumaat, tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama
  • Mazhab Hanbali : Harus mufaraqah dengan Imam dengan sebab keuzuran, jika tanpa uzur ada dua pendapat; pertama batal solatnya dan ini merupakan pandangan yang asah (diterima) dan kedua harus
  • Mazhab Hanafi : Makruh makmum memberi salam lebih awal dari Imam tetapi tidak harus Mufaraqah
  • Mazhab Maliki: Sesiapa yang mengikut Imam tidak harus mufaraqah dengan Imam


Ringkasan dari HR Jabir Bin Abdullah :
Terdapat seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan Muaz kerana membaca bacaan terlalu panjang di dalam solat, sedangkan lelaki tersebut mempunyai kerja lain yang dilakukan. Lalu ia berpisah daripada jemaah solat dan solat secara sendirian. Kemudian, diceritakan hal ini kepada Rasulullah S.A.W. Setelah diceritakan, maka baginda S.A.W. membenarkan perbuatannya, dan tidak memerintahkannya supaya mengulangi solat.

Ada perkara yang menyebabkan mufaraqah wajib ke atas makmum. Para ulama Shafi`iyyah berkata sekiranya imam bangun pada rakat ke-5, maka wajib ke atas makmum niat mufaraqah dan menyempurnakan solatnya secara sendirian (memisahkan diri daripada solat imam). Ini bermakna, dalam permasalahan seperti yang diutarakan di atas, makmum wajib mufaraqah daripada imam apabila imam bangun untuk solat pada rakaat ke-5 setelah diperingatkan kepadanya dengan membaca tasbih sebanyak tiga kali, lalu ia tidak duduk tahiyyat akhir, maka makmum diwajibkan tidak mengikut imam, melakukan niat mufaraqah, serta menyempurnakan solatnya.

Perlakuan ini dengan syarat makmum yakin bahawa solatnya telah sempurna 4 rakaat. Makmum dalam hal ini tidak dibolehkan mengikuti imam dengan menambah rakaat solat. Sekiranya makmum menambah juga dengan mengikuti imam dalam hal tersebut, maka terbatal solatnya kerana ia sengaja menambah bilangan rakaat.

Sekiranya makmun tidak niat mufaraqah, maka ada satu cara lagi untuk dilakukan supaya solatnya tidak terbatal. Makmum dalam hal ini boleh terus duduk di tahiyyat akhir pada rakaat keempat menunggu imam, setelah itu memberi salam bersama-sama dengan imam. Imam Nawawi berkata, sekiranya solat makmum telah sempurna, maka tidak harus baginya mengikuti imam menambah rakaat, malahan ia boleh niat mufaraqah lalu bertasyahhud dan memberi salam, atau ia boleh juga menunggu imam tanpa niat mufaraqah, dengan membaca doa panjang setelah tahiyyat akhir, sehinggalah imam duduk sekali tahiyyat akhir dan memberi salam bersama-sama makmum.


Pada kesimpulannya, sebahagian dari makmum yang mempunyai ilmu akan menegur imam jika melakukan kesilapan pada bacaan namun sebahagiaanya akan berniat mufaraqah (mengasingkan diri dari Jemaah).

Sumber : Abu Awatif

13 comments:

hainom OKje said...

Harap-harap janganlah dijumpakan dengan imam yang lupa sampai kita kena niat mufarakah ek... masaalah tu...

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hainom_okje yep, terutama sekali pada bacaan harus diambil perhatian.

Everything's Everythings said...

Bagaimana kalau imamnya terbatal dalam pada sedang bersolat.. waktu tu diharuskan kita niat mufaraqah atau kita harus turut berhenti sekali?

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE niat mufaraqah.

siti naqiah said...

oh, baru tahu..jap2, niat mufaraqah tu ade niat khusus ek?

Azriff Aziz said...

wah..nice info..baru tahu,,thanks share it. :)

haz said...

thanks for sharing =')

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah Tidak perlu keluar saf, hanya qasad niat mufaaraqah dan teruskan solat bersendirian ditempat tersebut.

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@azriff welcome :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@haz welcome :)

siti naqiah said...

ohh cmtu..oke3 tengs share, :D

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah welcome :)

Everything's Everythings said...

Oh mcm tu.. thanks ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...