Adverts

Monday, September 10, 2012

Perkara yang membawa wanita ke Syurga

Assalamualaikum w.b.t.

Disebabkan follower saya ramai yang wanita, hari ini saya ingin berkongsi mengenai tajuk diatas. Segala isi kandungan daripada entri ini diambil dari sebuah laman web iaitu IslamItuIndah.my - Sesungguhnya agama Islam itu mudah dan sederhana. Terdapat banyak ilmu yang boleh kita belajar di website tersebut.


Menjadi wanita bukan suatu perkara yang mudah, terdapat banyak peraturan, adap-resam, budi bahasa dan sopan santun yang perlu dijaga. Aurat harus dijaga, perlu memakai tudung, sarung kaki, hand sock bersesuaian dengan kehendak syariat.

Pada kebiasaannya wanita suka pada kecantikan dan keindahan. Mereka suka berpakaian kemas dan menarik serta tidak berlebihan. Kehidupan seorang wanita memang mencabar.

Sememangnya Allah menciptakan wanita dan lelaki itu zahirnya berbeza. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan melengkapi di antara satu dengan yang lain, Insyaallah. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali, disebalik air matanya tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu selamat dan selesa bersamanya.


Berbalik kepada tajuk entri, perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat antaranya adalah,

1. Melaksanakan kewajipan agama.
Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud): "Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga." (HR al-Bazaar)

2. Mentaati suami.
D aripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud): "Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya." (HR at-Tabarani)

3. Selalu mengingati Allah.
Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud): "Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah." (HR at-Tirmizi)


4. Solat pada waktu malam atau dikenali sebagai Tahajjud - Malam yang dimaksudkan adalah waktu bangun dari tidur iaitu sepertiga malam diantara pukul 3 pagi hingga masuk waktu subuh (waktu utama tetapi mengikut HR Ahmad, ia boleh dilakukan di antara waktu Isyak hingga masuk waktu Subuh).

Daripada Abu Hurairah R.A. dan Abu Said R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud): "Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah." (HR Abu Daud)

"Maka solatlah ia (tahajjud) di antara (waktu) isyak sampai solat Subuh." (HR Ahmad)

5. Berbuat baik dan banyak bersedekah.

Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud): "Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka." (HR Ahmad dan Tirmizi)

Demikianlah, wallahualam.

Sumber : IslamItuIndah

12 comments:

siti naqiah said...

menjadi wanita bukan mudah, tapi ada keindahan di sebaliknya..sbb Allah kurniakan banyak keistimewaan utk kaum ini..kan? =)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah benar sekali, :) dengan keistimewaan itu, Allah mencipta lelaki dan perempuan.

✿Lady Ainaa✿ said...

ena sebagai perempuan, memang sgt sukar mnjadi wanita.. kdg2 jeles tengok para lelaki ni... macam senang je hidup mereka... namun, ena bersyukur sgalanya kerana ada keindahan disebalik kejadian... ^.^

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@ena jadi lelaki juga ada kesusahannya kadang kala :) Lelaki - tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga dan juga mentaati ibu bapa. Seperti yang ena katakan, kita haruslah sentiasa bersyukur.

siti naqiah said...

@ Firdaus : saling melengkapi =)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah betul2 :)

Cikgu Ma said...

saya wanita...thanx for sharing

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@cikgu_ma welcome :)

haz said...

wanita sememangnya senang untuk masuk syurga. begitu juga neraka.. huu >.< thanks 4 sharing ya =')

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@haz welcome :) usaha dan ibadah dijadikan amalan seharian.

Everything's Everythings said...

Byk kemudahan Allah berikan kpd wanita, sebagai balasan kpd perngorbanan yg mereka berikan dalam sebuah kekeluargaan ^^
Thanks for sharing

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE welcome :) setiap lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...