Adverts

Wednesday, October 10, 2012

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan R.A. berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.


Jadikan pengaduan segala permasalahan kita walau sekecil-kecil masalah terlebih dulu kepada Allah sebelum kita mengadu kepada manusia kerana sesungguhnya Dia telah menciptakan jalan penyelesaian dan kesembuhan.

Kita juga sering lupa melihat Dia mendatangkan pertolongan dan jalan keluar melalui sebab manusia lain lalu menyebabkan kita terus lupa kerana menyangka manusia jugalah yang membantu bukan meletakkan segala sesuatu atas keizinan Allah. Oleh itu, kita harus banyakkan berdoa agar amalan ibadah kita sentiasa diterima Allah S.W.T.

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah Al-Baqarah, Ayat 127)

14 comments:

Nor Zilla Sensei said...

thanks for sharing :-)

EH - Eklamasi Holistik said...

Semoga tidak tergolong dalam 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima...

✿Lady Ainaa✿ said...

terima kasih mengingati.. even ena ada bljr BTQ(Basic Theme Al Quran) dlu, tapi dah ingat ingat lupa... yang pasti ada byk sebablah knp solat kita tak kusyuk.. x kusyuk brmakna solat x diterimalah kan kan

لين Si Pipi Merah said...

alhamdulillah..sangat bermanfaat :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@nor_zilla welcome :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EH Insya'Allah, mudah-mudahan :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@ena sama2 :)
Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@lin terima kasih :)

Nur Afrina said...

Assalamualaikum. Nak tanya
Yang no.1 tu maksudnya camne ea?
Dengan yang no.3 tu,kita tak tahu sama ada makmum tu benci kita atau tak. Andai kata dia benci,tapi kita tak tahu,perlukah kita minta maaf dekat makmum sebelum mula solat?
Terima kasih :)

hainom OKje said...

Mengadu kepada Allah adalah sebaik-baiknyakan... tapi tulah manusia... nak bangun malam.....mak ai beratnya...mengantuk... semoga dijauhkan sifat malas yg adaa dalam diri ni...

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@afrina no1 - Solat dengan hanya pergerakan sahaja ataupun membaca al-Fatihah didalam hati. no2 - kalau tidak tahu, tidak mengapa.

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@kak_hainom hehe, betul. Bangun pada waktu malam adalah sukar sekali :D

Nur Afrina said...

oo~ mekaseh jawab. Haa,jap2~ lagi satu. Lelaki yang melarikan diri tu maknanya camne? Lari rumah ke? :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@afrina lari dari tahanan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...