Adverts

Tuesday, October 9, 2012

Amalan bersedekah

Assalamualaikum w.b.t.

Apakah perasaan kita, seandainya ketika sedang makan di kedai atau di warung tiba-tiba datang orang meminta sedekah menghampiri anda. Dia meminta duit derma daripada anda tetapi badannya sihat sambil dipimpin seseorang sambil menadah tangan.

Adakah anda akan memberi sedekah atau tidak kepadanya? Kalau anda memberi duit kepadanya sama ada ikhlas atau pun sebab malu pada orang di sekeliling yang melihat anda? Selepas anda menderma, apakah perasaan anda? Seronok atau berasa rugi?


Kalau berasa menyesal itu tergolong dalam sifat kedekut. Alhamdulillah orang kita suka menderma, suka membantu dan menolong, mungkin kerana roh iman dan Islam yang menyala di dalam hati dan sanubari. Ia menjadi pendorong utama ditambah pula dengan sikap orang Melayu yang memang lembut hati. Hulurkan derma janganlah terlalu berkira sangat.

Tidak miskin jika kita beri sedikit pemberian itu dan tidak kaya mana pun mereka dengan yang dapat duit derma kita. Sebenarnya orang kaya ialah orang yang suka memberi. Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi. Rasulullah pernah berhutang kerana mahu memberi.

Siapa sebenarnya yang dikatakan fakir miskin supaya derma kita itu betul-betul disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Fakir dan miskin adalah orang yang tidak memiliki apa yang cukup untuk belanja seharian misalnya mereka tidak memiliki beras, lauk dan keperluan asas yang lain.

Mungkin mereka ada pekerjaan tetapi pendapatan mereka tidak mencukupi, kos sara hidup dan bebanan keluarga, sebagaimana firman Allah:

“Adapun bahtera itu kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan Aku bertujuan merosakkan bahtera itu, Kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.” (Surah Al-Kahfi, ayat 76)

Pada ayat di atas mereka disifatkan dengan sifat miskin, padahal mereka memiliki perahu besar dan memperoleh pendapatan sebagaimana sabda Rasulullah ketika ditanya orang miskin, Baginda menjawab:

“Orang miskin bukanlah orang yang berkeliling meminta-minta, lalu diberi sesuap atau dua suap, satu buah kurma atau dua buah, tapi orang miskin adalah orang yang tidak cukup apa yang dia dapat daripada pekerjaannya untuk menyara keluarga.”

Zaman sekarang ada satu nama lagi iaitu peminta sedekah atau pengemis. Terkadang mereka masih ketagih untuk makan hasil dari meminta dan menadah tangan. Kalau sudah cukup duit daripada meminta sepatutnya mereka berhenti meminta tetapi kerana sudah ketagih, mereka akan terus meminta, orang sebegini sudah termasuk dalam kategori mereka yang memiskinkan diri sendiri.


Sebahagian daripada peminta sedekah sebenarnya lebih memerlukan derma dalam bentuk nasihat dan pemulihan mental. Mereka perlu dididik dan disedarkan bahawa tangan di atas, jauh lebih baik dari pada tangan di bawah.

Kadang kala kita menjadi keliru kepada peminta sedekah sama ada hendak beri atau tidak. Kalau kita terus memberi nanti mereka ketagih meminta sehingga langsung tak nak berusaha sebab lagi seronok meminta tanpa bekerja. Kalau tidak diberi kasihan juga kalau yang meminta itu memang sangat-sangat memerlukan.

Sebab itu kita perlu memilih kepada siapa kita perlu berinfaq dengan tujuan untuk membantu dan kepada siapa kita perlu berkata maaf dengan tidak memberi mereka wang bukan kerana membenci, tetapi itulah salah satu cara kita mendidik mereka dan agar mereka berfikir dengan bijak.

Bagaimanapun penderma tetap dalam perhatian Allah dengan ganjaran yang istimewa. Percayalah jangan sekali menyesal dengan derma anda sebab banyak sekali hikmah di sebalik pemberian itu.

Antaranya hikmah derma ialah melembutkan hati. Jika hati sudah lembut, mudah untuk seseorang memaafkan orang dan mudah memohon maghfirah selepas melakukan kesalahan, sama ada kecil atau besar.

Kedua, apabila menderma dan orang yang menerima derma pula seseorang yang betul-betul memerlukan bantuan. Insya'Allah, penerima derma itu pasti berdoa supaya penderma dikurniakan rezeki dan keampunan Allah.

Kesan berganda itu disebutkan dalam al-Quran:

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 261)

“Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari reda Allah, dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat (ganda). Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 265)

Oleh itu, bersedekahlah secara ikhlas kerana Allah Taala. Berilah sedekah mengikut keikhlasan hati kita. Tanyalah hati sebanyak mana yang kita ikhlas untuk bersedekah. Semasa bersedekah, berkemungkinan kita akan tertipu. Penipuan yang dilakukan itu adalah di antara peminta sedekah dengan Allah. Kita yang memberi adalah kerana Allah semata-mata.

15 comments:

Nur Afrina said...

Kalau derma darah ? boleh ? ^^

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@afrina Hehe, boleh tapi kena ikhlas. Kalau tak cukup darah, tak derma pon tidak mengapa :P

✿Lady Ainaa✿ said...

betul betul.. berusaha untuk menjadi seikhlas yang mungkin kerana keikhlasan tu sukar untuk dicari dan di rasai..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@ena Keikhlasan seumpama seekor semut hitam diatas batu hitam dimalam yang amat kelam,
ianya wujud tapi amat sukar dilihat. :)

hainom OKje said...

Betul tu.... banyak kelebihan menderma kan.... tapi takut jugak bila menderma dgn pengemis yg bukan islam ni ( sebab pengemis kebanyakannya pakai tudung walaupun bukan islam).... takut2 apa yg kita demakan itu disalurkan kepada rumah ibadah diaorang!

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@kak hainom Hehe, betul. Kalau tidak tahu, tidak mengapa rasanya. Tapi kalau was-was baik kita elakkan, :)

Cik Ain said...

derma cekelat buleh?

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@cik ain hehe, boleh sahaja..

لين Si Pipi Merah said...

Semakin bersyukur kita, semkin bahagia hidup kita..Alhmdulillah pd yg memberi nikmat..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@lin “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim: Ayat 7) :)

siti naqiah said...

lepas menderma, kite rase seronok sangat, lg seronok bila menderma tanpa pengetahuan org laen :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah derma tabung masjid :)

haz said...

yup. bersedekah itu satu amalan yg mulia. tp zaman skrg ni kdg2 terlampau byk org minta sedekah. sampai menimbulkn kecurigaan adakah mereka ini dihantar oleh agen2 yg x bertanggungjawab. huhu

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@haz Hehe, ada segelintir drpd mereka dihantar oleh ajen yg tidak b'tanggungjawab. Tapi kena ikhlas jika menderma, jika ada penipuan biarlah antara mereka dengan Allah. :)

Mia Liana said...

bagus kalau banyakkan sedekah, sedikit pun tidak mengapa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...