Adverts

Thursday, October 25, 2012

Salam AidilAdha 1433H

Assalamualaikum w.b.t.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.


Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih di kawasan masjid dan sebagainya sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas solat, kebanyakan umat Islam akan melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam AidilAdha kepada semua. Ampun dan maaf dipinta sekiranya ada kesilapan, terkasar bahasa, tersinggung atau berasa kurang selesa. Assalamualaikum w.b.t.

9 comments:

EH - Ekslamasi Holistik said...

Selamat Hari Raya Qurban kawan...

Ira Humaira said...

selamat hari raya Aidiladha@Korban... =)

piraaa said...

selamat hari raya :))

✿Lady Ainaa✿ said...

selamat hari raya aidiladha juga ye.. hehehe

Irna ahmad said...

Kesian tengok lembu tu. Apapun, Selamat Eid Adha. Semoga aidiladha kali ni memberi erti dan makna! Terbang dari sabahan hehe :')

Nina said...

Salam Aidil Adha Firdaus.

Penyuluh Perikanan said...

selamat idul adha sobat

baby comel said...

salam aidiladha.. korban ke tahun ni? :)

hainom OKje said...

Salam Aidiladha tuk Fir jugak eh... walaupun dah terlambat....he..he...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...