Adverts

Thursday, November 1, 2012

Sahabat Jatuh Sakit Tidak Jumpa Rasulullah

Satu perkara tidak dapat disangkal bagi ahli takwa dan iman, fenomena cinta mereka terhadap Allah S.W.T., Rasul-Nya dan jihad pada jalan Allah. Fenomena kecintaan ini tidak mungkin dapat disamakan dengan kecintaan lain kerana ia adalah tuntutan iman dan Islam.

Begitu juga seorang Mukmin yang merasai kemanisan iman sudah pasti memiliki akidah bahawa zat Tuhan mencapai tahap kesempurnaan, keindahan dan kebesaran paling agung. Dengan keimanan mantap juga, beliau yakin kaedah berkaitan dengan Tuhan wajib diikuti lantaran kesempurnaan pemiliknya.

Apabila seorang Mukmin itu merasai kemanisan iman dalam hatinya, beliau pasti mencintai Nabi Muhammad S.A.W. kerana Baginda sebaik-baik contoh dan akhlak.

Secara semula jadi, segala kelebihan yang Allah anugerahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. akan menarik perhatian manusia dan menjadi contoh mereka dalam aspek keagamaan, keduniaan dan kemasyarakatan.

Bahkan ada sahabat jatuh sakit jika tidak bertemu Rasulullah SAW dalam tempoh lama.

Diriwayatkan oleh Iman Al-Bughawi, daripada Thauban mawla Rasulullah SAW. Beliau amat mencintai Rasulullah S.A.W. dan kurang sabar dalam hal ini. Pada suatu hari beliau bertemu dengan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan yang berlainan.

Maka Nabi Muhammad S.A.W. bertanya kepada beliau: “Apa yang mengubah keadaanmu sebegini wahai Thauban?” Jawab beliau: “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai sebarang penyakit. Hanya hati amat merindui apabila tidak dapat melihat dirimu. Kemudian aku terkenangkan hari akhirat. Maka aku khuatir tidak lagi dapat melihat dirimu kerana engkau akan diangkat bersama para nabi. Jika aku dapat memasuki syurga sudah tentu kedudukanku lebih rendah. Sekiranya aku tidak dapat memasuki syurga, sudah tentu aku tidak akan melihatmu lagi.”

Maka turun ayat al-Quran yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi dan orang siddiq dan yang syahid serta soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat).” (Surah an-Nisaa’, Ayat 69)


Satu persoalan yang perlu diperhatikan, adakah wujud penghalang yang boleh memutuskan fenomena cinta sederhana ini? Sebagai Muslim, selama mana beliau masih lagi istiqamah dengan keimanannya dan patuh setiap perintah syarak, hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan dan tidak harus memutuskan persaudaraan.

Berdasarkan kenyataan ini, apabila berlaku perkelahian, permusuhan dan kebencian antara dua orang Muslim, tidak harus bagi mereka memutuskan persaudaraan lebih daripada tiga hari.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
“Tidak halal bagi seorang Muslim bahawa dia memutuskan persaudaraan lebih daripada tiga hari.” (HR Bukhari dan Muslim)

Tempoh ini mencukupi bagi dua orang yang bertelagah berdamai. Jika permusuhan itu melebihi tiga hari, maka kedua-duanya berdosa jika permusuhan itu membabitkan kes individu dan sebab peribadi saja. Jika permusuhan itu berkait dengan perkara keagamaan, maka menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk memberi nasihat kepada saudara seagamanya yang sedang melakukan dosa.

Berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya, bagi siapa (nasihat itu)? Sabda Nabi Muhammad S.A.W.: Bagi Allah, kitabNya, Rasul-Nya dan bagi pimpinan Muslimin dan keseluruhan umat Islam.” (HR Muslim)

Jika nasihat yang diberikan tidak mendatangkan manfaat sedangkan saudara seagama dalam kemaksiatan dan kefasikan, maka wajib ke atas Muslim itu meninggalkannya kerana Allah walaupun beliau salah seorang dari kaum keluarga atau taulan. Diriwayatkan dalam hadis sahih bahawa Nabi Muhammad SAW meninggalkan sebahagian isteri Baginda selama sebulan untuk mencegah dan mendidik mereka.

Berdasarkan itu, jelas bahawa memutuskan persaudaraan kerana Allah terbahagi kepada dua bahagian permusuhan sementara dalam tempoh tertentu bertujuan untuk mendidik dan permusuhan yang kekal abadi sehingga ke akhir hayat ke atas insan yang melanggar hukum Allah.

Sumber : IslamItuIndah

8 comments:

hainom OKje said...

Ya allah.... begitu agongnya cinta sahabat terdahulu kepada baginda...

haz said...

Indahnye rasa jika cintakan Nabi Muhammad S.A.W..

haz faham pasal memutuskan persaudaraan lebih daripada 3 hari ni.

so nak tanya sikit boleh?

si A n si B ni adik beradik. tapi tak bertegur sape pn. sbb si B ni memg xleh dekt lgsg dgn si A ni. even duduk satu meja. si B ni mmg sgt benci dengn si A dr kecik. so bila mcm tu, si A pun benci gile dgn si B. pantang jumpe mesti gaduh. dah macam2 orang kasi nasihat. tapi si A n si B ni still mcm ni. till now. so how??



Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@haz

Menghubungkan silaturahim adalah perkara wajib dan memutuskannya adalah haram dan termasuk dalam orang yang mendapat laknat Allah S.W.T. Justeru, berusaha berbuat baik kepadanya seperti memberi hadiah, menziarahinya, mendoakannya dan sebagainya. Apa gunanya kita melaksanakan solat tetapi pada masa yang sama kita memutuskan hubungan silaturahim.

Sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah bahawasanya ada seseorang berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara yang saya menghubungkan tali persahabatan dengan mereka tetapi mereka memutuskan tali persahabatan dengan saya. Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya. Saya selalu berlembut ramah kepada mereka tetapi mereka tidak mengendahkan.”
Baginda SAW bersabda: “Seandainya kamu benar-benar seperti apa yang kamu katakan, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas kepada mereka. Dan Allah SWT akan selalu memberi pertolongan kepadamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian.”

Adapun sikap abang/kakak/adik yang tidak baik itu, maka tegur dia dengan cara yang berhikmah. Sesungguhnya amalan nasihat menasihati sekiranya dilakukan dengan cara yang betul boleh mengeratkan hubungan silaturahim.

haz said...

thanks sbb sudi menjawab..

tp tulaa.. hmmm sush nk ckp. msg2 hti dh keras gamaknye. tak taw lah bile leh baik. mcm2 dh org skeliling bg nasiht..huu

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@haz hehe, biasa la tue

ismi nurash said...

subhanallah..berbeza sungguh sahabat kita dgn sahabat2 baginda Rasul :)

ismi nurash said...

subhanallah..thanks for sharing...amat menyentuh hati.. :)

piraaa said...

Walaupun tak pernah jumpa umatnya, nabi sentiasa merindui kita. ingatkan kita. risau kan kita. tapi kita langsung tak ambil kisah.

moga kita dalam golongan org2 yg soleh dan dapat syafaat nabi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...